Sedekah anda menyinari masa depan anak yatim.
Setiap sedekah, infaq dan derma anda membiayai kebajikan, pendidikan, pembangunan sahsiah dan aktiviti anak-anak yatim di asrama gabungan PEYATIM seluruh Malaysia. Bermula serendah RM10.
Hulurkan Sumbangan
Bermula serendah RM10 sahaja.
Maklumat Penyumbang
Maklumat ini diperlukan untuk pengeluaran resit rasmi dan pengecualian cukai LHDN.
🏢 Sumbangan Korporat
Syarikat yang ingin menyumbang secara berkala dalam bentuk tunai, barangan atau perkhidmatan layak menerima pengecualian cukai daripada LHDN sebagai Rakan Korporat Prihatin.
Program Korporat🕌 Waqaf Tanah UCB
Membeli lot tanah di kampus UCB Setiu pada kadar RM30 sekaki persegi untuk diwaqafkan kepada PEYATIM. Diuruskan oleh YAWATIM, dengan agen penjualan POS Malaysia, BSN, Bank Rakyat dan Bank Islam.
Butiran Skim Waqaf🧾 Resit & Pengecualian Cukai
Resit rasmi dikeluarkan bagi setiap sumbangan, dan penyumbang tunai layak menerima pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Setiap ringgit sedekah disalurkan dengan tujuan
Pendidikan & Biasiswa
560 biasiswa program asasi setiap tahun menerusi University College Bestari (UCB), Kolej Teknologi Bestari (KTB) dan Institut Kemahiran Bestari (IKB).
Kebajikan Asrama
Sokongan keperluan harian 4,000+ anak yatim di 78 rumah di bawah gabungan PEYATIM.
Sahsiah & Rekreasi
Program motivasi, kepimpinan, SUKYA dan MTQN untuk membina keyakinan diri.
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji."
— Surah Al-Baqarah: 261