Membela nasib anak yatim dengan pendidikan yang sempurna.
PEYATIM menaungi 84 asrama anak yatim menerusi 76 ahli gabungan dan menggalas tanggungjawab membela nasib anak yatim demi kelangsungan kehidupan masa depan mereka — juga bekalan dan amalan untuk sebuah kematian.

Untuk merealisasikan harapan ini
PEYATIM komited melaksanakan peranan-peranan berikut, sebagaimana termaktub dalam perlembagaan pertubuhan.
- 01
Menggabungkan pertubuhan
Menggabungkan pertubuhan dan asrama kebajikan anak yatim Islam yang berdaftar di Malaysia bagi mempertingkatkan kegiatan masing-masing.
- 02
Mewakili ahli
Mewakili ahli dalam hal kebajikan anak yatim di peringkat kebangsaan.
- 03
Memberi bantuan & kemudahan
Memberi bantuan dan kemudahan kepada ahli dari masa ke masa mengikut keperluan mereka.
- 04
Khidmat nasihat pengurusan
Memberi khidmat nasihat dan pendidikan kepada ahli dalam hal pengurusan pentadbiran.
- 05
Mengawas kepentingan ahli
Mengawas dan menjaga kepentingan ahli khasnya, dan PEYATIM amnya.
- 06
Melahirkan profesional
Berusaha merancang dan membantu bagi melahirkan ahli profesional dan tenaga mahir dalam kalangan anak-anak yatim.
- 07
Pusat pendidikan & rujukan
Mewujudkan pusat pendidikan dan rujukan mengenai segala perkara yang berkaitan anak yatim, serta mengemukakan pandangan kepada pihak berkenaan.
- 08
Membangunkan dana
Membangunkan dana menerusi infaq tunai, waqaf dan aktiviti pelaburan untuk membiayai kebajikan, pendidikan, pembangunan sahsiah dan rohaniah anak-anak yatim di bawah badan gabungan PEYATIM.
- 09
Jaringan strategik
Mewujudkan jaringan strategik untuk merangsang penglibatan pembuat dasar, golongan pemikir, masyarakat ilmuan, pemimpin masyarakat dan pertubuhan, golongan korporat serta pengamal media massa dalam usaha membela kebajikan anak-anak yatim.
"Dan mereka memberi makan makanan yang dicintainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan."
— Surah Al-Insan: 8Peranan kami bermula dengan huluran anda.
Setiap satu daripada sembilan peranan di atas dibiayai oleh sumbangan orang ramai, sukarelawan dan rakan korporat. Pilih peranan yang paling dekat di hati anda.