
Amanah yang dipikul bersama.
Jawatankuasa Pengurusan PEYATIM Sesi 2022–2025 dan barisan pentadbiran yang menggerakkan kerja kebajikan ini setiap hari.

Y.M. Prof. Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud Bin Mansor
Pengerusi Lembaga Pengelola University College Bestari (UCB), Terengganu. Dilahirkan di Setiu, Terengganu pada 16 Januari 1941 dan menamatkan pengajian sekolah rendah pada tahun 1958.
Kerjayanya bermula sebagai guru sebaik sahaja tamat pengajian sekolah rendah. Dari 1965 hingga 1970 beliau dilantik ke jawatan Guru Besar Sekolah Rendah, sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Malaya (1970–1972). Pada Januari 1973 beliau dilantik sebagai Guru Siswazah di Sekolah Menengah Chukai, Kemaman. Beliau kembali ke UM pada 1981 untuk pengajian Sarjana secara sambilan sehingga tamat pada 1985, dan menggapai ijazah Ph.D pada tahun 1996.
Dalam bidang politik, beliau memenangi pilihan raya negeri Terengganu pada 1974 dan dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri serta Setiausaha Politik Menteri Besar. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Sosial Negeri, Pengerusi Pertanian Negeri, Yang DiPertua Majlis Daerah Setiu, Timbalan Menteri Perusahaan Utama (1990) dan Timbalan Menteri Pertanian Malaysia (1995), sebelum bersara selepas pilihan raya 1999.
Beliau menubuhkan Persatuan Anak Yatim Negeri Terengganu (PERKAYA) pada 1980 dan kekal sebagai Yang DiPertua sehingga kini. Pada 1990 beliau menubuhkan PEYATIM dengan 17 buah asrama anak yatim sebagai ahli gabungan, dan telah menjadi Presiden sejak penubuhannya sehingga sekarang.
Pada tahun 2000 tertubuhnya Forum Pengurusan Yatim ASEAN — ditukar nama kepada Forum Yatim ASEAN pada 2020 — dengan ahli dari Indonesia, Filipina, Singapura, Kemboja, Thailand dan Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi forum tersebut.
Di bawah kepimpinannya PEYATIM menubuhkan Kolej Teknologi Bestari (KTB) pada 1998, yang dinaik taraf menjadi University College Bestari (UCB) pada 2012 dengan konsep "Universiti Waqaf". UCB kini dalam rangka memohon menjadi universiti penuh dengan cadangan nama University Bestari Malaysia (UBM).
Jawatankuasa Pengurusan PEYATIM
Barisan kepimpinan yang dipilih untuk menerajui pertubuhan bagi sesi semasa.


Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri (Dr) Haji Mohd. Yussof Bin Abdul Latiff

Tuan Haji Abd Shukor Bin Haji Mohd Sultan

Encik Abdul Wahadi bin Abdul Wahab

Datuk Haji Mohamad Bin Mahmood

Prof. Dato' Dr. Haji Abdul Razak Bin Kechik

Datuk Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad

Datu' Haji Misnu Bin Haji Taha

Dato' Haji Bedolah bin Botok

Hajah Nik Ramas Binti Nik Wan

Hajah Esah@Rabiah Binti Md Salleh

Puan Hajah Siti Autari Binti Mahdur
Pentadbiran PEYATIM
Pasukan pejabat yang menguruskan operasi harian pertubuhan.
Jawatankuasa Pengurusan Sesi 2019–2022

Belakang dari kanan: Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Haji Abdul Razak Bin Haji Kechik, Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Shukur Bin Haji Mohd Sultan, Y.Bhg. Encik Yun Hanim Bin Haji Yunus, Y.Bhg. Datuk Haji Mohamad Bin Mahmood, Y.Bhg. Prof. Dr. Khalib Bin Latip, Y.Bhg. Hajah Nik Ramas Bin Nik Wan, Y.Bhg. Hajah Esah@Rabiah Binti Md. Salleh, Y.Bhg. Puan Hajjah Siti Autari Binti Mahdur. Y.Bhg. Datu' Haji Misnu Bin Haji Taha (tiada dalam gambar).