Kampus KTB/IKB Cawangan Negeri Melaka
PEYATIM akan membuka kampus KTB/IKB cawangan Negeri Melaka di atas tanah seluas 10 ekar anugerah kerajaan Negeri Melaka, terletak di Mukim Bukit Rambai, Daerah Melaka Tengah.
Kampus cawangan ini dijangka memberi kemudahan kepada anak-anak yatim, golongan miskin serta masyarakat umum di Zon Tengah dan Zon Selatan. Memandangkan kedudukannya di Bandar Bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong, kursus utama di kampus ini adalah dalam bidang pelancongan.
- Keluasan
- 10 ekar
- Lokasi
- Mukim Bukit Rambai, Melaka Tengah
- Sumber tanah
- Anugerah Kerajaan Negeri Melaka
- Tumpuan
- Pelancongan


