Program Insaniah Anak-Anak Yatim
PEYATIM mengendalikan pelbagai bentuk latihan bagi memperkasa sahsiah dan kualiti diri anak-anak yatim di bawah naungannya. Antara program yang dianjurkan secara berkala adalah seminar, kursus dan ceramah dalam aspek motivasi, sahsiah, kepimpinan, kecemerlangan akademik dan juga kerjaya.
PEYATIM turut menganjurkan program dwi-tahunan Sukan Tahunan Anak Yatim Peringkat Kebangsaan (SUKYA) dan Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid (MTQN), dengan pelbagai negeri bergilir menjadi tuan rumah.




