Pada 23hb. Februari 2015 tercatat satu sejarah, satu Perjanjian Persefahaman (MOU) telah termertai di antara Geomatika University College dengan University College Bestari (UCB). Ini melibatkan kerjasama jangka panjang melibatkan kedua-dua universiti. UCB diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Mustapha bin Ismail dan disaksikan oleh YM. Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor, Pengerusi Eksekutif UCB merangkap Presiden PEYATIM dan Geomatika University College pula disaksikan oleh Sr. Dr. Mohaizi bin Mohamad, Rektor Universiti dan Ketua Eksekutif.