Ibu Pejabat PEYATIM yang diketuai oleh Hajjah Esah@Rabiah binti Md Salleh, Penolong Setiausaha Agung PEYATIM, Encik Suhaimi bin Haji Mohd Said, Setiausaha Kerja PEYATIM dan Puan Noor Hedayah binti Salleh Hudin, Pembantu Peribadi Presiden dan Setiausaha Agung PEYATIM telah melawat Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam, Selangor.
Lawatan kerja adalah untuk mengenali lebih dekat dari segi pengurusan asrama dan memberikan sedikit sumbangan makanan kering serta peralatan sukan. Lawatan pada 12hb. Mac 2015 ini telah disambut oleh Timbalan Yang DiPertua Pertubuhan iaitu Tuan Haji Musa bin Sabon dan kakitangan pertubuhan.