Projek

Kompleks Ibu Pejabat PEYATIM

PEYATIM sedang berusaha untuk membangunkan Kompleks Asrama PEYATIM di Rawang, Selangor. Kompleks di atas tanah berkeluasan 3.5 ekar ini berkonsepkan asrama bestari yang akan menempatkan anak yatim yang cemerlang dari seluruh negara untuk melahirkan golongan professional dalam kalangan anak yatim di masa akan datang supaya mereka dapat sama-sama bersaing dengan anak-anak lain dalam masyarakat umum.

Kemudahan-kemudahan yang akan disediakan di kompleks Asrama Anak Yatim PEYATIM ini, ialah:-

  1. Blok asrama lelaki 4 ½ tingkat dengan kapasiti 200 orang.
  2. Blok asrama perempuan 4 ½ tingkat dengan kapasiti 200 orang.
  3. Sebuah bangunan 4 tingkat untuk pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat dan 10 bilik darjah untuk tuisyen.
  4. Sebuah surau dua tingkat dengan kapasiti 400 orang.
  5. Sebuah perpustakaan dengan kapasiti 200 orang.
  6. Sebuah dewan makan dengan kapasiti 400 orang.
  7. Sebuah dewan serbaguna dengan kapasiti 1000 orang.
  8. 2 makmal komputer dengan kapasiti 40 orang setiap satu.
  9. 6 unit rumah kakitangan.
  10. 2 unit rumah Pengetua dan Timbalan Pengetua.
  11. Sebuah bengkel kemahiran dan kerjatangan.
  12. Sebuah Pos Kawalan Keselamatan.
  13. Padang permainan yang mengandungi gelanggang bola jaring dan sepaktakraw.

Dengan terdapatnya sebuah kompleks yang serba lengkap ini, akan dapat memberi peluang kepada 400 orang anak yatim yang cemerlang dari seluruh negara bermula dengan pelajar Tingkatan 1. Kesemua penghuni asrama ini akan belajar di sekolah-sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang terdapat di sekitar Kompleks Asrama PEYATIM tersebut.

Kompleks ini juga amat penting untuk dijadikan pusat R&D, terutama dalam mengetahui masalah-masalah yang sering dihadapi oleh asrama-asrama anak yatim di bawah gabungannya. Dengan itu, hasil PEYATIM akan dapat membantu dan membimbing asrama ahli-ahli gabungan dengan lebih berkesan lagi.

Kampus KTB/IKB Cawangan Negeri Melaka

PEYATIM akan membuka kampus KTB/IKB cawangan Negeri Melaka di atas tanah seluas 10 ekar anugerah kerajaan Negeri Melaka yang terletak di Mukim Bukit Rambai, Daerah Melaka Tengah, Melaka. Kampus cawangan ini dijangka akan memberi kemudahan kepada anak-anak yatim dan juga miskin serta masyarakat umum di Zon Tengah dan Zon Selatan. Memandangkan kampus ini akan berada di Negeri Melaka Bandar Bersejarah dan tempat tumpuan pelancong, maka kursus utama di KTB cawangan Melaka ialah di dalam bidang Perlancongan.

Kampus KTB/IKB Cawangan Puchong, Selangor

PEYATIM akan membuka kampus KTB/IKB cawangan Puchong, Selangor. Kampus ini akan dibangunkan di atas 1 lot tanah yang telah diwaqafkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) oleh Puan Hajah Siti Autari binti Mahdur. Dengan tertubuhnya kampus cawangan Puchong ini kelak diharapkan peluang latihan kemahiran yang yang lebih luas akan dapat disediakan kepada anak-anak yatim dan miskin di Lembah Kelang.

sertai kami

membina masa depan
anak-anak yatim

(Daftar Sebagai Sahabat Peyatim / Sukarelawan / Penyumbang / Pewaqaf)