PEYATIM telah dipilih untuk menjadi salah satu penerima digital al-quran dalam Program Waqaf Al-Quran Digital. Program telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Sohaimi bin Shahadan, Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) pada 13hb. Februari 2015 di pejabat PERDASAMA di Jalan Lumut, Kuala Lumpur. Program ini menyasarkan kepada orang perseorangan serta syarikat-syarikat korporat melalui tanggujawab CSR syarikat masing-masing. Tuan Haji Muhammad bin Deraman, Setiausaha Agung PEYATIM dan Encik Suhaimi bin Haji Mohd Said, Setiausaha Kerja PEYATIM mewakili PEYATIM dalam majlis pelancaran tersebut.