PEYATIM

Seminar Peranan MAKPEM Dalam Pembangunan Negara – PSK Sebagai Rakan Strategik Negara

Seminar kebangsaan anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAKPEM) telah diadakan pada 9hb. Oktober 2015 di Hotel Royal Bintang, Kuala Lumpur. Seminar yang bertajuk “Peranan MAKPEM Dalam Pembangunan Negara – PSK Sebagai Rakan Strategik Negara” telah dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan dan juga NGO – NGO dibawah ahli gabungan MAKPEM. Ahli Gabungan PEYATIM juga turut hadir bagi menjayakan seminar ini.