PEYATIM

Kunjungan Hormat PEYATIM Kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

.

Susulan daripada kunjung hormat Pengurusan PEYATIM kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri pada 9hb. Julai 2015, satu lagi titik bersejarah apabila pada 7hb. Disember 2015, YM. Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor, Presiden PEYATIM, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof bin Latiff, Timbalan Presiden PEYATIM dan Encik Suhaimi bin Haji Mohd Said, Setiausaha Kerja PEYATIM telah membuat kunjung hormat dan menerima sumbangan daripada YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Putrajaya. Majlis penyerahan cek telah disaksikan oleh YB. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, YBhg. Dato’ Seri Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha dan YBhg. Dato’ Haji Abdul Fatah bin Iskandar, Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.