Seminar kebangsaan anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAKPEM) telah diadakan pada 9hb. Oktober 2015 di Hotel Royal Bintang, Kuala Lumpur. Seminar yang bertajuk “Peranan MAKPEM Dalam Pembangunan Negara – PSK Sebagai Rakan Strategik Negara” telah dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan dan juga NGO – NGO dibawah ahli gabungan MAKPEM. Ahli Gabungan PEYATIM juga turut hadir bagi menjayakan seminar ini.