PEYATIM

Kursus Dakwah dan Kaunseling Tahap 1 & 2

Aktiviti PEYATIM diakhir tahun 2015 adalah merupakan pennganjuran ’Kursus Dakwah dan Kaunseling Tahap 1 & 2. Kursus ini telah diadakan di Nur Pangsun Eco & Traning Resort, Hulu Langat, Selangor pada 14 hingga 17 Disember 2015. Matlamat Kursus Asas Dakwah dan Bimbingan Kaunseling bagi Asrama Gabungan PEYATIM Siri 1 dan 2 ialah untuk memberi ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut agar dapat membantu mereka supaya menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Seramai 57 orang perserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 26 orang tahap 1 dan 31 orang mengikuti tahap 2. Majlis Perasmian Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Ustaz Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JAKIM.