Pada 3hb. September 2015, bertempat di Hotel Nouvelle, Kuala Lumpur, Satu seminar anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang bertajuk “Seminar Pembangunan Komuniti 2015 – Merekayasa Komuniti Kearah Pembangunan Inklusif” telah diadakan. Seminar telah diwakili oleh Setiausaha Kerja PEYATIM ini telah membincangkan pelan pembangunan akan datang dan kerjsama oleh JKMM dan PSK.
Satu wacana mengenai “Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan Pelajar Bumiputera” telah diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Wisma Sejarah, Kuala Lumpur pada 21hb. September 2015. Wacana anjuran Biro Pendidikan PERKASA membincangkan dengan terperinci berkenan permasalahan yang dihadapi dan juga cadangan penambah baik pinjaman kepada pelajar bumiputera. Pembentang-pembendang kertas kerja terdiri daripada ahli akademik dan mereka yang berkait rapat dengan institusi pendidikan kerajaan.Di akhir perbincangan, sebanyak 14 resolusi dipersetujui dan akan dihantar kepada pihak kerajaan. Wacana ini telah dihadiri oleh NGO, wakil-wakil angensi kerajaan, PTPTN dan juga wakil daripada MARA.