Melalui Biro Asrama PEYATIM, aktiviti lawatan ke asrama gabungan diteruskan bermula dari 25 Julai dan berakhir 26 Julai 2015 dan Melaka menjadi persinggahan Ahli Jawatankuasa Biro Asrama dan kakitangan YAWATIM yang pertama dikunjungi ialah Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zahara (KAYFAZ). Rombongan telah diberikan serba sedikit penerangan oleh Puan Salmah bin Mahat, Pengurus KAYFAZ dan diteruskan sesi lawatan asrama serta ramah mesra dengan anak-anak. PEYATIM mencadangkan supaya KAYFAZ dijadikan asrama contoh bagi pembinaan asrama anak yatim kos sederhana yang baru.
Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015, Majlis Rumah Terbuka anjuran Lembaga Pengurusan Anak Yatim/Miskin (PAYASUM), Sungai Udang Melaka telah diadakan di perkarangan asrama perempuan pada 26 Julai 2015. Majlis ini melibatkan kawasan sekitar asrama. PEYATIM telah dijemput bersama-sama untuk memeriahkan majlis. Disamping itu PEYATIM diberikan kesempatan untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PEYATIM kepada hadirin yang disertai oleh ahli kariah sekitarnya yang hadir. Sesi penerangan telah diketuai oleh YM. Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor, Presiden PEYATIM. Sempena Aidilfitri yang mulia ini, anak-anak menerima duit raya daripada PEYATIM.