PEYATIM

Pertemuan PEYATIM Dengan Wakil Asrama Gabungan Dan Belum Bergabung di Negeri Perak

Bertempat di Dewan Casuarina 1, Hotel Casuarina Meru, pada 13 Jun 2015, PEYATIM telah mengadakan pertemuan dengan wakil asrama gabungan dan wakil asrama yang belum bergabung di Negeri Perak. Tujuan utama pertemuan ini ialah untuk memperkenalkan PEYATIM dengan lebih lanjut serta aktiviti-aktivitinya. Seramai 15 buah pertubuhan yang bukan ahli telah hadir untuk mendengar taklimat daripada PEYATIM. YM. Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor selaku Presiden PEYATIM, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof bin Latiff, Timbalan Presiden PEYATIM, YBhg. Datuk Haji Mohamad bin Mahmood, Naib Presiden PEYATIM dan Hjh. Esah@Rabiah binti Md Salleh, Penolong Setiausaha Agung mengambil bahagian dalam sesi perbincangan dipenghujung program. Matlamat perjumpaan telah tercapai dan borang keahlian PEYATIM telah diedar.