PEYATIM

Perhimpunan Agung Tahunan MAKPEM Ke 37

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) telah mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan MAKPEM Kali ke 37 di Hotel Star City Alor Setar, Kedah pada 30 Mei 2015. Sebagai ahli gabungan MAKPEM, Setiausaha Kerja PEYATIM telah mewakili PEYATIM ke perhimpunan tersebut. Sebelum itu semua perwakilan telah diraikan dalam majlis makan malam sehari sebelum tarikh perhimpunan. Makan malam ini telah dihadiri oleh Y.A.B. Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah dan seterusnya merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MAKPEM.