Pada 25 Januari 2015, bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, wakil PEYATIM telah menghadiri Forum Pengurusan Kekayaan Islam – Waqaf sebagai “Instrumen Pemerkasaan Ekonomi Ummah” . Forum telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Shaikh Harun Bin Shaikh Ismail, Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Prof. Dr. Sheikh Hj. Sudin Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia.
Seminar yang dianjurkan bersama MAIDAM dan University College Bestari (UCB) telah member peluang kepada pelbagai agensi kerajaan menyertai seminar satu hari tesebut.


