PEYATIM

Mesyuarat Majlis Tertinggi dan juga Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 29

Alhamdulillah, selepas Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik, PEYATIM telah mengambil kesempatan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi dan juga Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 29, di Kelab Darul Ehsan, Ampang Jaya Selangor. Mesyuarat Agung Tahunan ini merupakan syarat yang dipatuhkan oleh Pendaftar Pertubuhan (R.O.S) untuk setiap tahun dan dengan cabaran serta dugaan Covid 19, PEYATIM telah berjaya mengadakan mesyuarat tersebut pada 16 Ogos 2020 dalam norma baru dengan mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Gabungan PEYATIM.