Mesyuarat Di Wisma Anak Yatim Pulau Pinang 6-7 Mac 2020
7 March 2020 6 October 2021
Pada 6 Mac 2020, Biro sukan telah mengadakan satu mesyuarat di Asrama Lelaki Anak Yatim Pulau Pinang. Mesyuarat kali ini memfokuskan persiapan untuk menghadapai SUKYA 2020 di USM Pulau Pinang. Ahli-ahli Jawatankuasa yang terdiri dari asrama gabungan telah hadir. Tahun ini terdapat penanbahan 4 acara baru iaitu Petanque, Renang, Memanah dan Bowling Tempin.
Pada malam 6 Mac 2020, telah diadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi PEYATIM kali ke 30/2020 di Wisma Anak Yatim Lelaki Pulau Pinang bermula jam 11.00 pagi. Pengurusan tertinggi dan Ahli Majlis Tertinggi dari Asrama Gabungan PEYATIM telah menghadirkan diri untuk mesyuarat kali ini. Semua Ahli Mesyuarat beruntung kerana telah diraikan dengan Majlis Makan Malam di Dewan Pelinggang, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Tertamu Kehormat pada majlis tersebut ialah TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang DiPetua Negeri Pulau Pinang yang telah menyempurnakan majlis tersebut.
PEYATIM telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas 2020 di Wisma Anak Yatim Perempuan Pulau Pinang pada 7 Mac 2020. Mesyuarat khas ini diadakan khas untuk membincangkan pembentukan Anak Syarikat PEYATIM yang baru. Syarikat yang akan di namakan SP PEYATIM Berhad ini akan menumpukan perniagaan di sektor hartanah. Sesi penerangan diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof bin Abdul Latiff, Timbalan Presiden PEYATIM merangkap Pengarah Penaja Syarikat. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Seri Ahmad Rodzi Pawanteh dan juga Setiausaha Syarikat. Mesyuarat sebulat suara bersetuju penubuhan Syarikat SP PEYATIM berhad.