PEYATIM dalam usaha untuk memperkasa hubungan dengan ahli gabungan, maka satu mesyuarat dengan ahli gabungan PEYATIM di Negeri Sembilan telah diadakan di Hotel Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan pada 13 Oktober 2017. Mesyuarat yang dihadiri dari Presiden,Timbalan Presiden, AJK Biro Asrama dan Semua ahli gabungan di Negeri Sembilan. Selain daripada mengeratkan silaturrahim, fokus utama ialah untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Penyelaras Negeri bagi untuk memperkemaskan aktiviti di negeri dan juga diperingkat kebangsaan.
Usaha untuk mewujudkan jawatankuasa penyelaras di peringkat negeri diteruskan ke Negeri Perlis dan Negeri Kedah. Pada tanggal 10 Disember 2017 di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani, Kedah, PEYATIM telah mengadakan mesyuarat ahli gabungan Negeri Perlis dan Kedah. Mesyuarat yang dipengerusi oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof bin Abdul Latiff, Timbalan Presiden PEYATIM dihadiri oleh kesemua ahli gabungan negeri yang terlibat.