PEYATIM

Seminar Pengurusan dan Pembangunan Anak Yatim Negeri Pahang

PEYATIM berpeluang menyertai Seminar Pengurusan dan Pembangunan Anak Yatim Negeri Pahang di Hotel Grand Makmur, Kuantan, Pahang. Seminar yang berlangsung pada 28 September 2017 ini merupakan anjuran PEKAYA Pahang. Seminar ini bukan saja dapat mengumpulkan pertubuhan anak yatim namum ia juga dapat mengumpulkan NGO-NGO dalam bidang lain seperti Ibu Tunggal, Miskin dan juga agensi kerajaan.

Antara yang membentangkan kertas kerja ialah Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Haji Abdul Razak bin Kechik (PEYATIM), Tuan Zulkhairi bin Zainol Abidin (Pengarah Kebajikan Negeri Pahang), Tuan Haji Mohd Gunawan bin Che Ab Aziz (Pegawai Khas KPI Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Encik Dr. Khairan Muhammad Arif dari Universitas As-Syafi’yah Jakarta, Indonesia. Seminar ini telah disempurnakan perasmian oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Banginda berkenan untuk mendengar sesi yang disampaikan oleh Encik Dr. Khairan Muhammad Arif.