PEYATIM

Majlis Tilawah Quran dan Nasyid (MTQN) PEYATIM Peringkat Kebangsaan Kali ke 20

Majlis Tilawah Quran dan Nasyid (MTQN) PEYATIM Peringkat Kebangsaan kali ke 20 yang merupakan acara dwi tahunan dan program yang terbesar PEYATIM ini berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sarawak. Kota Samarahan menjadi sejarah apabila semua kontigen negeri berkampung selama 4 hari 3 malam dari 26 Ogos seingga 29 Ogos 2017. Dianggarkan lebih kurang 1,700 orang anak-anak yatim, peserta dan pengiring berkampung di UiTM Kota Samarahan, Sarawak bagi menjayakan majlis tersebut.

Sejarah juga tercipta apabila kesudian Yang Amat Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian dan diserikan pula Tuan Yang Terutama, Yang DiPertua Negeri Sawarak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pula menyempurnakan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran dan Nasyid PEYATIM Peringkat Kebangsaan kali ke 20.