PEYATIM

Larian Amal “MAKPEM FUN RUN”

Sebagai ahli gabungan MAKPEM, PEYATIM telah menyertai larian amal “MAKPEM FUN RUN” 5 Ogos 2017 di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Penyertaan bukan saja dibuka untuk ahli gabungan MAKPEM tetapi untuk orang ramai. Larian ini juga termasuk larian berkerusi roda yang mendapat sambutan menggalakkan. Acara senaman bersama diadakan sebelum larian dan acara kemuncak ialah cabutan bertuah yang menghadiahkan sebuah televisen 32 inci.