PEYATIM

Mesyuarat Agung Tahunan MAKPEM Kali ke 39

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 39 pada 29 Julai 2017, Sabtu bertempat di Hotel Grand Makmur Kuantan, Pahang. Mesyuarat Agung kali ini menyaksikan perubahan beberapa orang pucuk pimpinan dalam pemilihan. Presiden MAKPEM, YH Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Sri Haji Halim bin Haji Ibrahim sekali lagi telah diberikan amanat untuk meneraju MAKPEM untuk sesi 2017-2020. PEYATIM telah diwakili oleh Encik Suhaimi bin Haji Mohd Said, Setiausaha Kerja PEYATIM.