Seperti tahun-tahun lepas, PEYATIM telah membuat lawatan menerusi Biro Asrama ke Negeri Johor Darul Takzim. Lawatan selama 4 hari 3 malam itu bermula pada 13 Julai sehingga 16 Julai 2017. Sebanyak 9 Asrama Gabungan yang dilawati termasuk Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Ledang yang baru menjadi ahli gabungan PEYATIM. Ikatan silaturrahim merupakan tujuan utama antara PEYATIM dan Asrama Gabungan namun perkongsian bersama pengurusan yang baik disetiap asrama juga dijadikan sebagai salah satu matlamat lawatan.