Di bulan Ramadhan yang mulia tanggal 18 Jun 2017 bersamaan 23 Ramadhan 1438, PEYATIM telah hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama-sama anak-anak yatim dari Asrama Gabungan PEYATIM di Negeri Perak anjuran Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Simpang Pulai, Perak. Majlis yang ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Simpang Pulai ini dihadiri oleh anak-anak yatim dari asrama gabungan PEYATIM di Negeri Perak.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari YM. Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor, Presiden PEYATIM diikuti oleh YBhg. Encik Abdul Wahdi bin Haji Abdul Wahab, Pengerusi Penyelaras Asrama Gabungan PEYATIM Perak merangkap Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hawa Kinta, Perak seterusnya bacaan al-quran oleh anak-anak yatim sebelum majlis berbuka puasa bermula. PEYATIM diwakili oleh Presiden PEYATIM dan Isteri, YB.hg. To’ Puan Hajah Zainon binti Jamil, Hajah Esah@Rabiah binti Md Salleh, Penolong Setiausaha Agung, Tuan Haji Wan Ali bin W Ab Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif YAWATIM dan Puan Noor Hedayah Sallehudin, PA Presiden.