PEYATIM

Mesyuarat Agung Tahunan PEYATIM kali ke 27/2017

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) mengadakan mesyuarat agungnya pada 15 Mei 2017. Mesyuarat yang selalunya diadakan semasa SUKYA atau MTQN, tahun ini diadakan berasingan dan Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis menjadi sejarah Mesyuarat Agung Tahunan PEYATIM kali ke 27/2017. Mesyuarat dihadiri oleh wakil 3 orang dari setiap asrama gabungan, seorang wakil asrama gabungan dalam Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Pengurusan PEYATIM dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Barkawi bin Hasbollah sebagai Pengerusi Tetap.

Lakaran bersejarah telah tercipta, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis diiringi oleh DYTM Raja Puan Muda Perlis telah berkenan untuk menghadiri majlis perasmian dan sekali gus merasmikanya. PEYATIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perlis, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis dan Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh yang menjadi tuan rumah.