Pada tahun 2017 ini, Mesyuarat Majlis Tertinggi kali ke 27 dan Mesyuarat Agung Tahunan PEYATIM 2017 telah diadakan di Dewan Sri Anggerik, Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis dan untuk kali ini kelainan kedua-dua mesyuarat ini ialah tidak diadakan bersama-sama aktiviti tahunan iaitu Majlis Tilawah Quran dan Nasyid (MTQN) seperti kebiasaan. Untuk makluman MTQN 2017 akan di adakan di Negeri Sarawak.
Mesyuarat Majlis Tertinggi Kali ke 27 diadakan sehari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PEYATIM iaitu pada 14 Mei 2017 jam 8.30 malam. Mesyuarat yang dihadiri oleh Jawatankuasa Pengurusan PEYATIM dan juga seorang wakil dari setiap asrama gabungan PEYATIM. Perkara yang utama dibincangkan ialah akaun PEYATIM yang berakhir 31 Disember 2016 yang akan dibawa ke mesyuarat agung tahunan PEYATIM disamping agenda-agenda yang sedia ada.