PEYATIM

Dialog Transformasi Nasional (TN50)

Untuk menyahut Tranformasi Negara, PEYATIM telah menghadiri satu Dialog Transformasi Nasional (TN50). Dialog tersebut telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 20 Februari 2017. YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YB. Dato’ Dr. Asyraf Wajidi Dasuki, Timbalan Menteri Jabatan Perana Menteri menjadi perantaraan pihak kerajaan dengan para peserta yang hadir.

Untuk sesi kali ini, merupakan sesi bersama NGO dan juga Institusi Pengajian Tinggi. Hajah Esah@Rabiah binti Md Salleh, Penolong Setiausaha Agung PEYATIM, Puan Hajah Siti Autari binti Mahdur, Penolong Bendahari Agung PEYATIM dan Encik Suhaimi bin Haji Mohd Said, Setiausaha Kerja PEYATIM telah berkesempatan menghadirkan diri.