Aktiviti pertama PEYATIM untuk tahun 2017 ialah penganjuran Kursus Para Kaunselor siri 4 yang diadakan di Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bermula 24 Januari hingga 27 Januari 2017 dan dengan adanya penganjur bersama iaitu Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) International dan ACEDA USIM.
Siri yang terakhir ini, para peserta perlu menduduki ujian bertulis untuk melayakkan mereka mendapat sijil para Kaunselor yang akan dikeluarkan oleh pihak PERKAMA. Dengan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), satu sesi ujian telah diadakan dengan soalan disediakan oleh JPA. Bemula dengan 72 orang para peserta pada siri 1 pada tahun 2014, setelah mengharungi perjalanan untuk mendapatkan ilmu, kini tinggal 45 peserta yang menyertai kursus siri ke 4. Majoriti mereka adalah daripada kalangan penyelia dan warden asrama gabungan PEYATIM.
Majlis perasmian kursus dan makan malam telah di adakan di Dewan Tuanku Censelor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan telah di sempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).