Pengurusan PEYATIM telah berkesempatan membuat kunjung hormat kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin,Timbalan Perdana Menteri di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Putrajaya. Pertemuan bersejarah pada 9hb. Julai 2015 itu telah membincangkan beberapa perkara iaitu permohonan dana untuk menganjurkan program Sukan Anak-Anak Yatim (SUKYA) dan Majlis Tilawah Quran dan Nasyid (MTQN), PEYATIM menjadi sebuah badan yang memberikan pengiktirafan gred kepada asrama gabungan dan diiktiraf oleh kerajaan dan turut dibincangkan ialah untuk menjadikan Univercity College Bestari (UCB), menjadi universiti penuh.